IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP KESEJAHTERAAN EKONOMI ISI RUMAH B40: SATU KAJIAN RINTIS

Authors

  • Izzah Nur Aida Zur Raffar
  • Suhaila Abdul Aziz
  • Madihatun Zainuddin
  • Zuriani Ibhrim
  • Zaleha Muda

Abstract

Pandemik COVID-19 membawa banyak perubahan dalam kehidupan manusia. Dunia seakan lumpuh apabila jangkitan kes wabak COVID-19 merekodkan peningkatan kes yang serius dan membimbangkan. Jangkitan kes di Malaysia masih tinggi dan belum menunjukkan penurunan dua angka atau lebih rendah. Penularan tersebut telah memberi impak negatif kepada sektor ekonomi terutama golongan berpendapatan rendah B40. Apabila kerajaan melaksanakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan banyak sektor ekonomi mengalami kemerosotan, hilang pekerjaan dan banyak yang tidak dapat bekerja kerana operasi perniagaan yang terpaksa ditutup dan memberi kesukaran kepada isi rumah kerana tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan mempengaruhi kesejahteraan golongan ini terutama kumpulan B40 yang tinggal di bandar besar seperti Lembah Klang. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kebolehpercayaan instrumen yang digunakan bagi mengenal pasti impak pandemik COVID-19 ke atas kesejahteraan ekonomi isi rumah B40 di Lembah Klang. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif dan seramai 50 isi rumah Melayu B40 di Lembah Klang terlibat dalam kajian rintis ini melalui data soal selidik yang diperoleh. Tahap kebolehpercayaan soal selidik ini adalah 0.881. Hasil kajian mendapati pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar ke atas kesejahteraan ekonomi golongan B40 Melayu di Lembah Klang kerana golongan ini mudah terjejas dan terancam. Pelaksanaan PKP telah memberi kesan kepada status pekerjaan dan status kewangan majoriti responden terhadap kerja dan gaji mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-03-31

How to Cite

Izzah Nur Aida Zur Raffar, Suhaila Abdul Aziz, Madihatun Zainuddin, Zuriani Ibhrim, & Zaleha Muda. (2022). IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP KESEJAHTERAAN EKONOMI ISI RUMAH B40: SATU KAJIAN RINTIS. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(39). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/397