ANALISIS PEMBANGUNAN HARTA TANAH WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) BERDASARKAN ETIKA KERJA ISLAM (EKI)

Authors

  • Marina Abu Bakar
  • Sukriah Ismail
  • Che Zuina Ismail
  • Noor Asyimah Ramli

Abstract

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merupakan pemegang amanah tunggal harta wakaf yang bertanggungjawab membangunkan harta tanah wakaf di negeri Pulau Pinang sebagaimana termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Dalam membangunkan harta tanah wakaf, MAINPP perlu mematuhi pelbagai proses pembangunan secara berperingkat sesuai mengikut undang-undang dalam konteks Malaysia. Justeru, pematuhan proses pembangunan harta tanah wakaf oleh institusi Islam seperti MAINPP sangat berkait rapat dengan Etika Kerja Islam (EKI). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji aspek asas harta tanah wakaf dan proses pembangunan harta tanah wakaf di MAINPP, seterusnya menganalisis pembangunan harta tanah wakaf MAINPP mengikut Etika Kerja Islam (EKI). Data dikumpul melalui sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer melibatkan temubual separa struktur bersama beberapa pegawai MAINPP, manakala sumber sekunder pula melibatkan data-data daripada kitab fiqh, buku, jurnal dan lain-lain. Kesemua data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa EKI dapat membantu MAINPP yang bertanggungjawab sebagai pengurus dalam membangunkan harta tanah wakaf di Pulau Pinang. Adalah disarankan agar MAINPP mengamalkan EKI yang mengandungi elemenelemen niat, taqwa adil, ikhlas, al-Itqan (kesedaran untuk memperbaiki diri), ihsan, amanah, al-Sidq (benar), syura, sabar, al-Mutabaqah (pematuhan), ruh al-Jama’ah (semangat berpasukan) dan al-Riqabah (pengawasan) dalam membangunkan harta tanah wakaf di negeri Pulau Pinang. Kajian ini bermanfaat kepada pihak-pihak yang mentadbir urus harta tanah wakaf seperti MAINPP untuk mengambil kira EKI sepanjang proses pembangunan harta tanah wakaf dilaksanakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Marina Abu Bakar, Sukriah Ismail, Che Zuina Ismail, & Noor Asyimah Ramli. (2021). ANALISIS PEMBANGUNAN HARTA TANAH WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) BERDASARKAN ETIKA KERJA ISLAM (EKI). International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(38). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/380