CABARAN KEUSAHAWANAN TUISYEN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KAEDAH INTERAKTIF: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Irma Wani Othman
  • Ismail Maidin
  • Mohd Maziz al-Hadi Moharam
  • Saifulazry Mokhtar

Abstract

Kewujudan platform tuisyen menyokong untuk melahirkan kualiti pelajar yang berterusan tanpa bergantung sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun, sejak pandemik Covid-19 melanda, proses PdP terjejas walaupun menggunakan teknologi kini seperti kaedah interaktif. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti cabaran para keusahawanan tuisyen PdP dalam menggunakan kaedah interaktif. Beberapa tenaga pengajar tuisyen dipilih secara rawak sebagai instrument kajian. Hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama para keusahawanan yang juga pengajar tuisyen PdP dalam menggunakan kaedah interaktif iaitu pembelajaan kewangan, kemahiran ICT dan sosioekonomi pelajar. Oleh itu, implikasi kajian ini dapat menambahbaik kerjaya keusahawanan tuisyen PdP dalam penggunaan kaedah interaktif bagi menjamin kualiti pelajar yang berterusan mengikuti proses PdP. Hal ini juga selaras dengan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia dan menepati matlamat dalam industri revolusi 4.0 yang kini sedang diusahakan oleh negara mahupun diperingkat global.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-30

How to Cite

Irma Wani Othman, Ismail Maidin, Mohd Maziz al-Hadi Moharam, & Saifulazry Mokhtar. (2021). CABARAN KEUSAHAWANAN TUISYEN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KAEDAH INTERAKTIF: SATU TINJAUAN AWAL. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(37). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/364