PERANAN MOTIVASI DAKWAH DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Ismail Maidin
  • Saifulazry Mokhtar
  • Irma Wani Othman
  • Mohd Maziz al-Hadi Moharam

Abstract

Bidang keusahawanan adalah pemangkin kemampatan ekonomi negara. Ekonomi yang kukuh adalah nikmat kedua yang perlu disyukuri selepas nikmat keamanan. Dalam bidang keusahawanan dan dakwah, sejak zaman dahulu, kejayaan dakwah Islam itu sentiasa berhubungan dengan sokongan ahli-ahli korporat yang berjaya dalam bidang keusahawanan, dan mereka juga terdiri dari kalangan yang aktif berdakwah. Lantaran itu, kajian ini dilakukan untuk meninjau usaha dakwah memperkasa bidang keusahawanan agar umat Islam sentiasa bermotivasi dalam bidang keusahawanan. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kualitatif melalui tinjauan perpustakaan. Dapatan tinjauan awal menunjukkan, pemahaman tuntutan dakwah Islam berkaitan dengan jihad ekonomi, ibadat zakat, amalan sedekah, pementoran, etika dan akhlak dalam perniagaan, serta melazimkan zikir dan doa harian dilihat ada hubungannya, dan dapat dikaitkan dengan aplikasi motivasi dakwah dalam bidang keusahawanan, dan ia menjadi langkah positif ke arah pembentukan usahawan-usahawan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-30

How to Cite

Ismail Maidin, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, & Mohd Maziz al-Hadi Moharam. (2021). PERANAN MOTIVASI DAKWAH DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN: SATU TINJAUAN AWAL. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(37). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/363