POTENSI PROJEK TANAMAN KELAPA SAWIT BERSKALA KECIL DI DAERAH HILIR PERAK: ANALISA KEPEKAAN

Authors

  • Syahrul Anuar bin Ali Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia;
  • Salmy Edawati Yaacob Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

Abstract

Kos pengeluaran tanaman kelapa sawit telah meningkat dengan ketara, namun begitu harga buah tandan segar (BTS) tidak pula meningkat dengan ketara. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengetahui kos pengeluaran terkini tanaman kelapa sawit dikalangan pekebunkecil sawit persendirian (PKSP) di Mukim Labu Kubong, Mukim Sungai Manik dan Mukim Changkat Jong, di Daerah Hilir Perak, Perak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan maklumat berkaitan kos pengeluaran kelapa sawit diperolehi melalui temubual bersemuka dengan PKSP, buruh ladang, pengusaha tapak semaian, pengusaha kedai perkakasan (hardware) dan pengusaha jentolak di Daerah Hilir Perak. Manakala harga BTS yang digunakan dalam aliran tunai berdasarkan harga sebenar yang ditawarkan oleh orang tengah kepada PKSP di daerah ini. Kajian ini menggunakan analisa kepekaan untuk menilai potensi tanaman kelapa sawit berskala kecil yang diusahakan oleh PKSP. Hasil kajian mendapati nilai NPV sebanyak RM28,331, nilai IRR sebanyak 21.72%, nilai BCR sebanyak 1.51, nilai ROI sebanyak 51% dan tempoh bayar balik selama enam tahun sepuluh bulan. Analisa ini telah menggunakan kadar terdiskaun sebanyak 10% dan diandaikan harga BTS RM530/tan konsisten sepanjang 25 tahun. Harga BTS sebanyak RM370/tan merupakan harga minimum untuk mencapai titik pulang modal dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah. Kertas ini dapat membantu bakal usahawan tani membuat keputusan sama ada ingin mengusahakan tanaman kelapa sawit atau tanaman lain di tanah pertanian mereka. Kertas ini menyediakan maklumat terkini kos pengeluaran penanaman kelapa sawit berskala kecil dikalangan PKSP.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-09-30

How to Cite

Syahrul Anuar bin Ali, Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, & Salmy Edawati Yaacob. (2017). POTENSI PROJEK TANAMAN KELAPA SAWIT BERSKALA KECIL DI DAERAH HILIR PERAK: ANALISA KEPEKAAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 2(5). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/36