CABARAN PELAKSANAAN PROJEK KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT SEMASA PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Christina Andin
  • Jabil Mapjabil
  • Rosmiza M.Z.
  • Abdul Said Ambotang

Abstract

Artikel ini meneliti tentang cabaran yang dihadapi oleh pelajar IPT yang menjalankan projek keusahwanan semasa pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan 79 orang pelajar yang terlibat dalam projek keusahawanan selama satu semester untuk kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan. Pelajar dibahagikan kepada 15 kumpulan. Data adalah berdasarkan kepada analisis dokumentasi pelaporan akhir projek pelajar yang mengandungi bahagian refleksi tentang cabaran yang mereka hadapi. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua cabaran utama yang berkaitan dengan pandemik COVID-19, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan masalah bekalan bahan, peningkatan kos bahan, kehilangan pelanggan dan pasaran terbatas. Pandemik juga menyebabkan cabaran logistik. Manakala empat lagi cabaran kurang kaitan dengan pandemik iaitu faktor pelajar yang meliputi komitmen, pengurusan masa dan kemahiran. Seterusnya pelajar turut berhadapan dengan cabaran sumber, iaitu modal perniagaan dan internet serta cabaran berkaitan dengan pengurusan produk dan persaingan pelanggan. Hasil kajian ini diharapkan boleh memberikan panduan kepada pihak berkaitan untuk membuat penambahbaikan berterusan dalam program pendidikan keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Christina Andin, Jabil Mapjabil, Rosmiza M.Z., & Abdul Said Ambotang. (2021). CABARAN PELAKSANAAN PROJEK KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT SEMASA PANDEMIK COVID-19. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(36). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/356