KEMUDAHAN MOBILITI WARGA EMAS KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN: KAJIAN KES KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Chai Ai Jing
  • Harifah Mohd Noor
  • Jurry Foo
  • Jabil Mapjabil
  • Mohd Azizul Ladin

Abstract

Fenomena penuaan menjadi satu trend di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Eropah, China, Hong Kong termasuk negara membangun seperti Malaysia. Penuaan yang semakin ketara dalam era global merupakan satu peringatan awal bagi pihak kerajaan atau masyarakat membuat persediaan awal dalam usaha mempertingkatkan keupayaan mobiliti yang menjadi asas kepada kelangsungan hidup berkualiti warga emas. Ini kerana mereka masih berupaya memberi sumbangan sosial dan ekonomi negara, walaupun keupayaan fizikal semakin terhad. Tiga dimensi utama keperluan mobiliti warga emas ialah kebolehsampaian (accessibility), keselamatan (safety) dan Information and Communication Technologies (ICT). Satu set borang kaji selidik diedarkan kepada 400 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas menerusi persampelan rawak mudah di sekitar daerah Kota Kinabalu. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif menerusi frekuensi, dan skor min purata. Penemuan menunjukkan kebolehsampaian warga emas bergantung kepada kesihatan yang baik dan jarak destinasi yang berdekatan. Berjalan kaki dan memandu kenderaan adalah mod pengangkutan yang utama, sementara akses terhadap pengangkutan awam sangat terhad. Keselamatan dari jenayah lebih mendominasi keperluan warga emas berbanding dengan keselamatan kemalangan apabila melakukan perjalanan. Warga emas masih lagi lagi ketinggalan dalam penggunaan sistem maklumat sedangkan keperluan perkhidmatan pengangkutan berkonsepkan e-hailing amat diperlukan dalam kalangan mereka. Hasil dapatan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Chai Ai Jing, Harifah Mohd Noor, Jurry Foo, Jabil Mapjabil, & Mohd Azizul Ladin. (2021). KEMUDAHAN MOBILITI WARGA EMAS KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN: KAJIAN KES KOTA KINABALU, SABAH. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(36). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/354