PERANAN UNIVERSITI TERHADAP PENERAPAN INOVASI SOSIAL DALAM PENYELIDIKAN

Authors

  • Nurhazliyana Hanafi
  • Mohamad Pirdaus bin Yusoh
  • Jalaluddin Abdul Malek
  • Jabil Mapjabil

Abstract

Inovasi sosial merupakan pendekatan baharu dalam mengurangkan jurang antara keperluan masyarakat dan penciptaan teknologi tinggi dalam masyarakat. Penerapan elemen inovasi sosial dalam pelaksanaan peranan universiti menjadikan misi universiti dalam penghasilan dan penyebaran ilmu lebih bermakna. Kajian literatur ini bertujuan untuk meneliti peranan universiti dalam penerapan inovasi sosial dalam aktiviti penyelidikan. Penelitian artikel yang relevan dalam pangkalan data scopus menggunakan kaedah pencarian terperinci terhadap kata kunci universiti, institut pengajian tinggi, inovasi sosial dan penyelidikan. Terdapat 219 dokumen dipaparkan dan hanya 183 dokumen yang dianalisis, iaitu yang diterbitkan sepanjang tahun 2015 hingga 2021. Dokumen ini terdiri daripada artikel, kertas kerja persidangan, bab dalam buku dan buku. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, terdapat lapan proses sesebuah universiti berperanan dalam menerapkan elemen inovasi sosial dalam aktiviti penyelidikan. Penerapan elemen inovasi sosial dalam aktiviti penyelidikan menyumbang terhadap keberkesanan peranan universiti dalam pembangunan sosial dan ekonomi yang seimbang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Nurhazliyana Hanafi, Mohamad Pirdaus bin Yusoh, Jalaluddin Abdul Malek, & Jabil Mapjabil. (2021). PERANAN UNIVERSITI TERHADAP PENERAPAN INOVASI SOSIAL DALAM PENYELIDIKAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(36). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/350