MODAL INSAN: ULASAN TENTANG SITUASI SEMASA, CABARAN DAN HALA TUJU KE HADAPAN MENGGUNAKAN INDEKS MODAL INSAN (HCI) DI MALAYSIA

Authors

  • Noorziah Mohd Salleh
  • Jabil Mapjabil
  • Rosmiza M. Z.

Abstract

Reka bentuk Rancangan Malaysia (1966-2020) terdiri daripada beberapa strategi bersepadu dengan tujuan utama membangunkan dan menambah baik beberapa bidang, seperti pertumbuhan ekonomi, kemandirian, penghapusan pengangguran, pengurangan ketaksamaan pendapatan, penghapusan kemiskinan, dan pemodenan ekonomi negara. Kejayaan pelbagai rancangan tersebut sebahagian besarnya ditentukan dengan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada bidang-bidang sedemikian. Salah satu penentu kejayaan ekonomi yang utama bagi sesebuah negara adalah melalui modal insannya. Makalah ini meneliti situasi semasa modal insan Malaysia, cabaran sedia ada dan hala tuju ke hadapan. Perbincangan di dalam kertas ulasan ini berdasarkan data sekunder yang pada asasnya menilai kadar pengangguran siswazah, peruntukan belanjawan 2020 dan pendapat penganalisis tentang belanjawan negara, serta data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020. Bukti yang dibahaskan di dalam makalah ini menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadap pembangunan aset fizikal berbanding dengan manusia. Artikel ini mencadangkan bahawa kerajaan perlu melaksanakan rancangan modal insan untuk menggerakkan potensi ekonomi dan profesional warga negaranya dengan lebih baik melalui pemantauan pembangunan Modal Insan (HC) menggunakan Indek Modal Insan (Human Capital Index - HCI), iaitu suatu sistem pengukuran yang dicadangkan oleh Bank Dunia pada tahun 2018. Indeks tersebut mengukur tahap kerugian nilai modal insan yang dihadapi di setiap negara akibat kurang fokus diberikan di dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Indeks ini pertama kali disiarkan pada Oktober 2018 oleh Bank Dunia, dan berdasarkan indeks ini, Malaysia berada di kedudukan ke 55 daripada 157 buah negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Noorziah Mohd Salleh, Jabil Mapjabil, & Rosmiza M. Z. (2021). MODAL INSAN: ULASAN TENTANG SITUASI SEMASA, CABARAN DAN HALA TUJU KE HADAPAN MENGGUNAKAN INDEKS MODAL INSAN (HCI) DI MALAYSIA. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(36). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/349