PENERIMAAN PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP KEADAAN KESESAKAN PELANCONG PADA WAKTU CUTI UMUM: KAJIAN KES PULAU PANGKOR, PERAK

Authors

  • Jabil Mapjabil
  • Nurhazliyana Hanafi
  • Mohd Azmi bin Muhammed Idris
  • Mohamad Pirdaus bin Yusoh

Abstract

Pulau Pangkor merupakan salah sebuah pulau yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara yang terbukti melalui jumlah ketibaan pelancong yang sangat tinggi khususnya pada cuti umum. Ketibaan pelancong yang ramai ini akan memberikan kesan kepada penduduk tempatan serta mendatangkan persepsi yang pelbagai terhadap tahap penerimaan mereka. Hal ini boleh menyukarkan bagi mencapai pembangunan pelancongan yang lestari. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti keadaan kesesakan yang berlaku di Pulau Pangkor pada waktu cuti umum serta penerimaan penduduk tempatan terhadap keadaan tersebut. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 387 orang penduduk tempatan. Dengan menggunakan kaedah People at One Time (PAOT), responden diberi lima pilihan foto yang menunjukkan keadaan pelancongan di Pulau Pangkor pada waktu cuti umum. Daripada analisis PAOT ini, responden menyatakan bahawa keadaan di Pulau Pangkor pada cuti umum adalah ‘sangat sesak’ dengan 74.4% memilih Foto F, diikuti Foto D (9.6%), Foto E (7.2%) dan paling rendah adalah Foto A (1.3%). Purata kekerapan responden melihat pelancong menjalankan aktiviti terpilih dalam pelancongan juga tinggi dengan nilai min 4.15. Keadaan sesak di Pulau Pangkor pada waktu cuti umum meletakkan barometer tahap penerimaan penduduk tempatan berada pada aras sederhana dengan nilai min 2.87. Keadaan ini menunjukkan penduduk tempatan masih ‘boleh menerima’ jumlah ketibaan pelancong namun sudah menampakkan wujudnya konflik. Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa sebarang penambahbaikan, hal ini boleh menyebabkan bacaan barometer ke paras merah iaitu ‘tidak boleh menerima’. Hasil kajian ini memberikan maklumat penting kepada pihak berkepentingan bagi memastikan kelestarian pelancongan di Pulau Pangkor kekal terpelihara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Jabil Mapjabil, Nurhazliyana Hanafi, Mohd Azmi bin Muhammed Idris, & Mohamad Pirdaus bin Yusoh. (2021). PENERIMAAN PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP KEADAAN KESESAKAN PELANCONG PADA WAKTU CUTI UMUM: KAJIAN KES PULAU PANGKOR, PERAK. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(36). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/347