KONSEP DAN CIRI LIMINALITI DALAM PELANCONGAN DI DESTINASI PANTAI: SATU PENELITIAN KONSEPTUAL

Authors

  • Farzanna Yashera Abdulla
  • Jabil Mapjabil

Abstract

Artikel ini meneliti tentang konsep dan ciri liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai. Hal ini kerana destinasi pantai merupakan lokasi yang sering menarik perhatian pelancong disebabkan oleh tarikan dan keunikannya. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah penyelidikan konseptual dengan melaksanakan pemerhatian dan analisis maklumat semasa dari data sekunder yang berkait rapat dengan topik kajian. Secara umumnya, konsep liminaliti dalam pelancongan ini merujuk kepada peralihan pelancong ketika meninggalkan keselesaan yang diperolehi di rumah bagi melintasi masa dan ruang serta beberapa ‘ambang batas’ dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui serta meliputi pengalaman pelancong dalam lima fasa. Liminaliti turut wujud dalam pelancongan di destinasi pantai kerana ruangan pantai itu sendiri dianggap sebagai satu ruang perantaraan di antara daratan dan lautan. Tambahan pula, destinasi pantai ini mampu memberikan pengalaman liminal yang bermakna kepada pelancong kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan serta melarikan diri daripada realiti yang wujud di tempat asal mereka yang penuh dengan kekangan dan tanggungjawab. Oleh itu, liminaliti dalam pelancongan di destinasi pantai boleh diteliti dalam beberapa ciri tertentu, iaitu ciri fizikal, ciri sosial serta ciri mental dan emosi yang dapatu membantu dalam menggambarkan pengalaman liminal pelancong dengan lebih mendalam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Farzanna Yashera Abdulla, & Jabil Mapjabil. (2021). KONSEP DAN CIRI LIMINALITI DALAM PELANCONGAN DI DESTINASI PANTAI: SATU PENELITIAN KONSEPTUAL. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(36). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/345