CABARAN DAN STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN POPULARITI PANTAI KELANANG SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN DI SELANGOR

Authors

  • Datu Razali Datu Eranza
  • Mazdi Marzuki
  • Rosmiza M. Z.
  • Noorziah Mohd Salleh
  • Jabil Mapjabil
  • Nur Iqfariekha Ahmad

Abstract

Artikel ini meneliti tentang cabaran dan strategi untuk meningkatkan populariti Pantai Kelanang sebagai destinasi pelancongan di Selangor. Sehingga ke hari ini, Pantai Kelanang lebih sinonim sebagai lokasi penggambaran pasangan pengantin, iklan dan filem. Persoalannya, bagaimanakah populariti pantai ini mampu dipertingkatkan? Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 80 orang responden iaitu 35% penduduk tempatan, 62.5% pelancong domestik dan 2.5% pelancong asing terlibat dalam kajian ini. Profil demografik responden menunjukkan 54% adalah lelaki, 48% responden berumur dalam lingkungan 31 - 40 tahun, 77.5% berbangsa Melayu, 75% adalah berstatus berkahwin dan 56% berpendidikan di peringkat menengah. Hasil kajian menunjukkan lebih 80% responden adalah pengunjung ulangan, 52.5% datang berkumpulan atau berpasangan, 62.5% melawat menggunakan kereta persendirian dan lebih 60% menginap di destinasi yang dikunjungi. Tarikan utama responden datang ke Pantai Kelanang ialah pemandangan yang cantik (36%) dan pantai yang bersih (28%). Antara cabaran yang dikenal pasti ialah pengurusan dan penjagaan pantai, kemudahan asas yang disediakan, kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan, faktor aksesibiliti dan promosi serta persaingan dengan pantai yang berdekatan. Strategi yang dicadangkan untuk meningkatkan populariti Pantai Kelanang termasuklah pembinaan jalan baru dan pengurusan lalu lintas, pembangunan Kelanang Waterfront, pengindahan persekitaran desa serta meningkatkan publisti dan promosi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-06-30

How to Cite

Datu Razali Datu Eranza, Mazdi Marzuki, Rosmiza M. Z., Noorziah Mohd Salleh, Jabil Mapjabil, & Nur Iqfariekha Ahmad. (2021). CABARAN DAN STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN POPULARITI PANTAI KELANANG SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN DI SELANGOR. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(34). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/337