HUBUNGAN DI ANTARA PERILAKU PENGGUNAAN DENGAN KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP E-CLAIM

Authors

  • Sayed Muhd Arif Sayed Yahya
  • Mohd Abdullah Jusoh

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan antara perilaku penggunaan dengan kepuasan pengguna terhadap implikasi amalan UPSI. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan mengambil data menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Populasi kajian adalah melibatkan kakitangan UPSI dalam Kumpulan A dan ke atas kerana kumpulan ini menggunakan sistem e-Claim melalui portal MyUPSI termasuk kakitangan akademik dan bukan akademik. Bilangan sampel kajian ini ialah seramai 285 orang. Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan rawak mudah iaitu melibatkan responden dalam kumpulan A termasuk kakitangan akademik dan bukan akademik di UPSI. Instrumen kajian adalah menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi enam bahagian berdasarkan model faktor penentu yang telah ditetapkan. Hasil ujian bagi hipotesis kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pemboleh ubah perilaku penggunaan dengan kepuasan pengguna. Nilai signifikan p = .000, iaitu nilai p lebih kecil dari 0.05 (p < .05). Hasil kajian ini mendapati terdapat hubungan yang sangat kuat dan positif antara perilaku penggunaan dengan kepuasan pengguna dengan nilai pekali, R = 0.834, β = .785, R2 = .697, p = .000 (p = <.05). Hasil kajian mendapati hipotesis alternatif iaitu HA-1 diterima sepenuhnya. Hasil kajian ini membantu pihak pengurusan UPSI untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan memantapkan pentadbiran khususnya dalam pengurusan kewangan iaitu pengurusan tuntutan perjalanan melalui sistem e-Claim. Kajian ini memberi ruang kepada responden untuk memberi pendapat ke atas sistem e-Claim yang digunakan di UPSI serta pendedahan penambahbaikan yang perlu diambil oleh Jabatan Bendahari UPSI untuk memantapkan lagi sistem e-Claim

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-06-30

How to Cite

Sayed Muhd Arif Sayed Yahya, & Mohd Abdullah Jusoh. (2021). HUBUNGAN DI ANTARA PERILAKU PENGGUNAAN DENGAN KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP E-CLAIM. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(34). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/335