PENILAIAN KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP E-CLAIM

Authors

  • Mohd Abdullah Jusoh
  • Sayed Muhd Arif Sayed Yahya

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna sistem e- Claim di UPSI. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan mengambil data menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Populasi kajian adalah melibatkan kakitangan UPSI dalam Kumpulan A dan ke atas kerana kumpulan ini menggunakan sistem e-Claim melalui portal MyUPSI termasuk kakitangan akademik dan bukan akademik. Bilangan sampel kajian ini ialah seramai 285 orang. Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan rawak mudah iaitu melibatkan responden dalam kumpulan A termasuk kakitangan akademik dan bukan akademik di UPSI. Instrumen kajian adalah menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi enam bahagian berdasarkan model faktor penentu yang telah ditetapkan. Analisis Univariate (Univariate Analysis) dilakukan untuk menerangkan tahap kepuasan pengguna yang menunjukkan min, pangkat dan sisihan piawai bagi penilaian terhadap tahap kepuasan pengguna yang dinilai dengan menggunakan instrumen kajian iaitu kandungan, ketepatan, format/susunan, mudah digunakan, ketepatan masa dan kelajuan sistem e-Claim. Analisis ini juga akan menjawab persoalan kajian iaitu “Apakah tahap kepuasan pengguna?†dan objektif kajian iaitu “Untuk menentukan tahap kepuasan penggunaâ€. Hasil kajian ini membantu pihak pengurusan UPSI untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan memantapkan pentadbiran khususnya dalam pengurusan kewangan iaitu pengurusan tuntutan perjalanan melalui sistem e-Claim. Kajian ini memberi ruang kepada responden untuk memberi pendapat ke atas sistem e-Claim yang digunakan di UPSI serta pendedahan penambahbaikan yang perlu diambil oleh Jabatan Bendahari UPSI untuk memantapkan lagi sistem e-Claim.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-06-30

How to Cite

Mohd Abdullah Jusoh, & Sayed Muhd Arif Sayed Yahya. (2021). PENILAIAN KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP E-CLAIM. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(34). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/334