APLIKASI DAN KESAN KAEDAH-KAEDAH FIQH BERKAITAN FIQH MUAMALAT DALAM PERNIAGAAN ISLAM: SATU ULASAN

Authors

  • H. Y. Ahmad Mujahideen
  • M. H. Norhidayah

Abstract

Kaedah Fiqh merupakan satu panduan inklusif dan eksklusif dalam sesuatu hal yang mempunyai tugasan yang mustahak dalam menyelaras dan menyelesaikan sesuatu masalah rumit yang timbul agar menjadi senang untuk diselesaikan. Aktiviti perniagaan pada masa kini melalui banyak cara mengikut perkembangan semasa dan sangat berbeza berbanding masa sebelumnya. Namun begitu, perkara ini tidak terkecuali dari segi kaedah hukum dalam permasalahan Fiqh Muamalat yang berkaitan dengan perniagaan Islam yang dapat diaplikasikan demi mempermudahakan pelaksanaannya dan seterusnya memberikan kesan yang baik bagi semua pihak yang terlibat. Namun begitu, terdapat kaedah-kaedah Fiqh tertentu yang berkaitan dengannya untuk diaplikasikan dalam Fiqh Mualamat yang berkenaan dengan perniagaan Islam. Oleh itu, artikel ini mengulas aplikasi dan kesan kaedah-kaedah Fiqh berkaitan Fiqh Muamalat dalam perniagaan Islam. Artikel kualitatif ini berkaitan kajian kepustakaan yang melibatkan metode pengumpulan data yang dikutip dari bahan-bahan bercetak dan penganalisisan data yang menggunakan perisian N-Vivo 2.0. Hasil dapatan artikel ini menjelaskan bahawa terdapat tiga kaedah Fiqh yang berkaitan dengan Fiqh Muamalat yang sesuai diaplikasikan dalam perniagaan Islam yang memberi kesan yang positif kepada semua pihak iaitu “yakin tidak boleh dihilangkan oleh keraguanâ€, “kemudaratan mestilah disingkirkan†dan “kesulitan membawa kepada kemudahanâ€. Semua kaedah Fiqh yang berkaitan Fiqh Muamalat ini dapat mempermudahkan pelaksanaan perniagaan dalam Islam dan menyelesaikan permasalahan yang timbul apabila diaplikasikan dengan sebaiknya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-06-30

How to Cite

H. Y. Ahmad Mujahideen, & M. H. Norhidayah. (2021). APLIKASI DAN KESAN KAEDAH-KAEDAH FIQH BERKAITAN FIQH MUAMALAT DALAM PERNIAGAAN ISLAM: SATU ULASAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(34). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/333