PENDIDIKAN KEWANGAN, TAHAP LITERASI KEWANGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU KEWANGAN USAHAWAN MINI RTC ZON UTARA
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara pendidikan kewangan dengan tahap literasi kewangan serta hubungan antara tahap literasi kewangan dengan tingkah laku kewangan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 254 orang usahawan mini RTC Zon Utara. Hubungan di antara pendidikan kewangan dengan tahap literasi kewangan serta tahap literasi kewangan dengan tingkah laku kewangan dianalisis menggunakan statistik inferensi iaitu analisis korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan kewangan dengan tahap literasi kewangan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap literasi kewangan dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara. Pendidikan kewangan dan tahap literasi kewangan usahawan sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku usahawan bagi menjamin kestabilan perniagaan yang dijalankan. Pengetahuan yang mencukupi dalam bidang kewangan dapat membantu para usahawan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai hal-hal kewangan dalam menjalankan urusniaga