HUBUNGAN ANTARA FAKTOR DEMOGRAFI, PENGETAHUAN KEWANGAN DAN LOKUS KAWALAN DENGAN AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN USAHAWAN KEJORA
Abstract
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia merupakan penyumbang terbesar kepada proses pembangunan negara. Namun, kadar kegagalan bagi sektor ini juga berada pada tahap yang tinggi, di mana sebilangan penyelidik lepas telah menganggarkan peratus kegagalannya mencecah sehingga 60%. Kajian ini dijalankan untuk menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan pengurusan kewangan melalui faktor jantina dan umur usahawan. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara pengetahuan kewangan dan lokus kawalan dengan amalan pengurusan kewangan dan seterusnya pengkaji akan menentukan faktor manakah yang lebih mempengaruhi amalan pengurusan kewangan dalam kalangan usahawan. Satu kajian tinjaun telah dijalankan dengan mengedarkan soal selidik kepada 135 orang usahawan KEJORA. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan melalui faktor jantina terhadap amalan pengurusan kewangan. Walaubagaimanapun, jantina lelaki lebih menunjukkan skor min yang lebih tinggi berbanding dengan jantina perempuan. Manakala dari segi umur, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan pengurusan kewangan, di mana usahawan yang berusia lebih muda mempunyai amalan pengurusan kewangan yang lebih baik. Selain itu, terdapat juga hubungan yang signifikan antara faktor pengetahuan kewangan dan lokus kawalan dengan amalan pengurusan kewangan. Penemuan terakhir mendapati bahawa pengetahuan kewangan merupakan faktor yang paling mempengaruhi kepada amalan pengurusan kewangan dalam kalangan usahawan KEJORA. Kesimpulannya, pengetahuan kewangan dan lokus kawalan sememangnya mamainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi amalan pengurusan kewangan usahawan bagi menjamin kestabilan perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan supaya pihak sepatutnya perlulah mempelbagaikan inisiatif agar pengetahuan kewangan dan lokus kawalan dalam dalam kalangan usahawan dapat dipertingkatkan, lebihlebih lagi dalam kalangan usahawan wanita dan individu yang lebih berumur.