PERAMAL NIAT PEMBELIAN PAKAIAN BERFESYEN DALAM TALIAN: KAJIAN EMPIRIKAL KE ATAS PENGGUNA DEWASA DI PULAU PINANG, MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Hafizuddin Abdul Shukor
  • Siti Haslina Md Harizan

Abstract

Revolusi Industri 4.0 dan pandemik Covid-19 baru-baru ini telah menyaksikan pertumbuhan pesat teknologi digital dalam segenap aktiviti harian manusia termasuklah dalam pembelian barangan secara dalam talian. Walaupun niat pembelian pakaian berfesyen dianggap penting dalam meramalkan pembelian sebenar, masih kurang perhatian yang diberikan oleh kajian lalu khususnya terhadap faktor-faktor yang meramalnya. Maka, objektif kajian ini ialah untuk menentukan pengaruh ciri-ciri produk, ciri-ciri laman sesawang dan insentif harga terhadap niat pembelian pakaian berfesyen dalam talian. Data dikumpul daripada sejumlah 306 sampel. Hasil ujian regresi berganda mendapati bahawa ciri-ciri produk mempunyai pengaruh yang terkuat ke atas niat pembelian pakaian berfesyen dalam talian, diikuti oleh ciri-ciri laman sesawang dan insentif harga. Sebagai implikasi, kajian mengukuhkan lagi pemahaman teoretikal mengenai faktor-faktor yang mendasari niat perlakuan pembelian oleh pengguna dan menekankan bahawa perlunya pemasar menonjolkan ciri-ciri pakaian dan laman sesawang serta insentif harga yang ideal bagi tawaran dalam talian. Batasan dan cadangan kajian masa hadapan turut dikemukakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-31

How to Cite

Muhammad Hafizuddin Abdul Shukor, & Siti Haslina Md Harizan. (2021). PERAMAL NIAT PEMBELIAN PAKAIAN BERFESYEN DALAM TALIAN: KAJIAN EMPIRIKAL KE ATAS PENGGUNA DEWASA DI PULAU PINANG, MALAYSIA. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6(32). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/285