Faktor yang mempengaruhi prestasi pasukan maya dalam kalangan pelajar kursus Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Nurul Shahirah Rusman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norhafizah Abu Hasan Pusat Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan (INSAN)

Keywords:

Pembentukan pasukan, pengekalan pasukan, teknologi, kepimpinan, prestasi pasukan maya

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang faktor yang mempengaruhi prestasi pasukan maya. Walaupun terdapat beberapa kajian lepas yang telah mengkaji tentang prestasi pasukan maya namun, kajian ini dilakukan ke atas responden yang terdiri daripada 70 orang pelajar. Hasil kajian menunjukkan: (1) pembentukan pasukan mempunyai hubungan positif terhadap prestasi pasukan maya; (2) pengekalan pasukan mempunyai hubungan positif terhadap prestasi pasukan maya; (3) teknologi secara positif mempengaruhi prestasi pasukan maya; (4) pembentukan pasukan mempunyai hubungan signifikan terhadap prestasi pasukan maya. Hasil kajian ini membuktikan bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi prestasi pasukan maya. Selain itu, kajian ini juga menggariskan isu dan topik mengenai pembentukan pasukan, pengekalan pasukan, teknologi, dan kepimpinan. Isu-isu ini adalah sangat penting bagi meningkatkan prestasi pasukan maya yang dibentuk oleh organisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-01-10

How to Cite

Rusman , N. S., & Abu Hasan, N. (2025). Faktor yang mempengaruhi prestasi pasukan maya dalam kalangan pelajar kursus Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia. International Journal of Accounting, Finance and Business, 9(58), 185–200. Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/2741