Hubungan antara kemahiran matematik terhadap prestasi pembelajaran subjek perakaunan dalam kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak
The relationship between mathematics skills and learning performance of accounting subject among students of Polytechnic Kuching Sarawak
Keywords:
Matematik, Perakaunan, Kefahaman PerakaunanAbstract
Subjek perakaunan merupakan subjek yang dianggap sukar dan mencabar bagi segelintir pelajar. Ini kerana subjek perakauanan memerlukan asas yang kukuh dalam penaakulan logik dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk menganalisis corak, persamaan dan set data yang kompleks seperti subjek matematik. Terdapat pandangan bahawa mereka yang mahir matematik juga akan mahir dalam subjek perakaunan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan dua objektif iaitu (1) mengenal pasti cabaran pembelajaran subjek perakaunan dan (2) menentukan hubungan antara kemahiran matematik terhadap prestasi pembelajaran subjek perakaunan dalam kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Data kajian diperolehi melalui teknik pensampelan secara rawak dan responden kajian adalah pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata yang diedarkan secara dalam talian menggunakan Google Form. Data kajian dianalisis dengan menggunakan teknik deskriptif dan regresi linear. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa antara cabaran utama yang dihadapi pelajar adalah pelajar tidak boleh belajar sendiri subjek perakaunan, pelajar menganggap subjek perakaunan adalah kuliah yang sangat sukar dan pelajar mendapati terdapat banyak rumus atau jalan kira yang sukar untuk difahami dan dihafal dalam subjek perakaunan. Selain itu, berdasarkan dapatan kajian terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian subjek Business Mathematics dengan pencapaian subjek perakaunan. Kajian yang dijalankan ini akan membantu pensyarah meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek perakaunan khususnya di Politeknik Kuching Sarawak.