HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI KORPORAT DAN PENDEDAHAN SUMBANGAN KORPORAT BERKAITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019: SATU CADANGAN RANGKA KERJA KONSEPTUAL

Authors

  • Mohd Farid Asraf Md Hashim

Abstract

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan di dalam menangani pandemik penyakit Coronavirus 2019 (Covid -19). Namun begitu, usaha ini perlu disokong oleh pihak korporat dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata. Selain daripada meningkatkan kesejahteraan masyarakat, sumbangan korporat adalah penting memandangkan perhatian yang diberikan oleh pihak pemegang taruh terhadap bagaimana usaha dan tindakbalas pihak korporat di dalam mendepani isu Covid-19. Justeru, pengkomunikasian sumbangan korporat berkaitan isu Covid-19 menerusi pendedahan korporat adalah penting kerana ianya bukan sahaja bertindak sebagai mekanisma kawalan tetapi juga menjadi pemangkin kepada kelebihan persaingan syarikat. Melihat kepada keterbatasan literatur yang mengkaji pendedahan filantropi korporat secara spesifik, artikel ini membincangkan secara konseptual faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi pendedahan sumbangan korporat berkaitan Covid-19. Berasaskan kepada perspektif agensi dan pihak pemegang taruh, lima ciri syarikat akan dibincangkan iaitu saiz syarikat, reputasi, keuntungan, leveraj dan kecairan syarikat. Artikel ini dijangka menyumbang dari segi pengayaan skop literatur berkaitan filantropi korporat khususnya sumbangan terhadap inisiatif Covid-19. Ianya juga memberi suatu sudut pandang terhadap potensi hubungan antara ciri-ciri korporat dan pendedahan sumbangan berkaitan Covid – 19.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-09-30

How to Cite

Mohd Farid Asraf Md Hashim. (2020). HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI KORPORAT DAN PENDEDAHAN SUMBANGAN KORPORAT BERKAITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019: SATU CADANGAN RANGKA KERJA KONSEPTUAL. International Journal of Accounting, Finance and Business, 5(28). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/237