PEMIKIRAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM DALAM PELAKSANAAN BANTUAN KEWANGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Wan Norhaniza Wan Hasan
  • Ahmad Nazrul Alif Yahya

Abstract

Bantuan kewangan secara umumnya ialah bantuan yang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan golongan masyarakat berpendapatan rendah. Dalam sistem ekonomi Islam, bantuan kewangan dianggap sebagai salah satu kaedah memacu pertumbuhan dan kemampanan ekonomi negara. Pembangunan dalam ekonomi Islam mengandungi nilai dengan utamanya untuk memelihara dan memastikan kebajikan manusia. Oleh itu, penting untuk pelaksanaan bantuan kewangan mempunyai tujuan yang jelas agar mampu memberi manfaat kepada penerima bantuan secara menyeluruh dan berkesan. Pelaksanaan yang berkesan ini boleh diperoleh melalui mekanisme saluran yang tepat. Sebagai salah satu negara yang mempunyai sistem ekonomi Islam terkehadapan, Malaysia dilihat berupaya menjadi antara role model yang menunjukkan contoh dalam pelaksanaan ekonomi Islam. Dalam situasi Malaysia yang menyediakan bantuan kewangan kepada golongan terkebawah, bagaimanakah bantuan kewangan tersebut disalurkan? Apakah tujuan dan matlamat bantuan kewangan di Malaysia dilaksanakan? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, artikel ini berhasrat mengenal pasti pelaksanaan bantuan kewangan yang dilakukan di Malaysia dengan lebih lanjut. Analisis seterusnya dilakukan terhadap unsur pemikiran pembangunan ekonomi Islam dalam pelaksanaan bantuan kewangan di Malaysia. Pendekatan kajian kualitatif digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan maklumat dan analisis. Artikel ini mendapati bahawa bantuan kewangan dalam ekonomi Islam bersifat menyeluruh, multidimensi dan bersepadu. Kesepaduan ini dapat dilihat dengan ketara melalui penekanan aspek kerohanian dan kebendaan berdasarkan keutamaan dalam kehidupan bagi penerima bantuan tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-30

How to Cite

Wan Norhaniza Wan Hasan, & Ahmad Nazrul Alif Yahya. (2020). PEMIKIRAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM DALAM PELAKSANAAN BANTUAN KEWANGAN DI MALAYSIA. International Journal of Accounting, Finance and Business, 5(27). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/229