Kajian Literatur Kesan Campuran Pemasaran
Keywords:
Entrepreneur's, Experience and Innovation, Small and Medium Enterprises (SMEs)Abstract
Campuran pemasaran diguna oleh semua organisasi sama ada organisasi berasaskan keuntungan atau bukan keuntungan, mahupun syarikat swasta atau kerajaan. Secara asasnya terdapat elemen dalam campuran pemasaran iaitu produk, harga, promosi dan tempat/saluran pengagihan. Strategi campuran pemasaran ini berkeupayaan membantu sesebuah organisasi dalam menilai kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan mereka. Campuran pemasaran penting bagi membolehkan organisasi menyusun strateginya untuk mencapai kelangsungan hidup. Keupayaan untuk memahami strategi campuran pemasaran iaitu produk, harga, promosi dan tempat/saluran pengagihan adalah asas kejayaan kepada organisasi untuk berjaya. Justeru, kertas ini adalah untuk membincangkan mengenai campuran pemasaran berdasarkan kajian lepas sejak kebelakangan ini.