PRESTIJ AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN FILANTROPI KORPORAT

Authors

  • Mohd Farid Asraf Md Hashim
  • Mohd ‘Atef Md. Yusof

Abstract

Inisiatif filantropi korporat bukan sahaja bermanfaat kepada masyarakat tetapi juga memberi kelebihan persaingan dari segi reputasi, prestasi kewangan dan kelestarian kepada syarikat. Seperti inisiatif korporat yang lain, tanggungjawab yang membabitkan penentuan polisi dan hala tuju filantropi korporat didasari oleh budi bicara ahli lembaga pengarah. Walaupun terdapat beberapa kajian dan kertas konseptual membincangkan berkenaan hubungan karakter ahli lembaga pengarah dengan filantropi korporat, namun kajian berkaitan ciri unik ahli lembaga pengarah korporat di Malaysia iaitu prestij ahli lembaga pengarah dari perspektif pangkat sosial adalah terhad dan perlu diketengahkan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan secara konseptual hubungan antara pangkat sosial ahli lembaga pengarah dan filantropi korporat. Artikel ini dijangka mampu menjana pengayaan terhadap literatur berkaitan filantropi korporat dan memberi suatu sudut pandang dari aspek komposisi pemimpin korporat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-09-30

How to Cite

Mohd Farid Asraf Md Hashim, & Mohd ‘Atef Md. Yusof. (2019). PRESTIJ AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN FILANTROPI KORPORAT . International Journal of Accounting, Finance and Business, 4(22). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/192