PIRAMID PELAKSANAAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) OLEH INSTITUSI PERBANKAN DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF STAKEHOLDERS

Authors

  • Norajila Che Man Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Jasin, 77
  • Mohd Faizal P.Rameli Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Jasin, 77

Abstract

Abstrak: Institusi perbankan sebagai sebuah entiti dalam sektor perniagaan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Namun, krisis kewangan dan ekonomi yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi kesan yang besar terhadap tahap keyakinan masyarakat mengenai fungsi perbankan. Menyedari hakikat ini, institusi perbankan telah mengambil langkah melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan program-program CSR bagi mengembalikan imej serta keyakinan masyarakat kepada mereka. Sehubungan dengan itu, kertas kerja konsep ini akan membincangkan mengenai bentuk-bentuk program CSR yang telah dilakukan oleh institusi perbankan di Malaysia berdasarkan piramid CSR oleh Carroll (1979). Kajian ini juga akan memberi perhatian kepada pelaksanaan CSR menurut pandangan stakeholders bagi institusi perbankan terpilih. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dari sumber primer dan sekunder seperti laporan tahunan dan laman web rasmi institusi perbankan terpilih serta artikel- artikel dan kajian terdahulu bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan. Data yang diperoleh dianalisis mengikut dua tema iaitu (i) pelaksanaan CSR mengikut piramid tanggungjawab CSR dan (ii) pihak berkepentingan (stakeholders) institusi perbankan. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan CSR oleh institusi perbankan di Malaysia lebih tertumpu kepada program- program yang memberi manfaat kepada para stakeholders seperti pekerja, para eksekutif, pemegang saham, pelanggan dan masyarakat. Kajian ini juga merumuskan bahawa pelaksanaan program CSR bertitik tolak dari keperluan untuk memenuhi tanggungjawab ekonomi, kepatuhan kepada perundangan, tuntutan etika serta filantropi. Melalui pelaksanaan CSR, institusi perbankan di Malaysia telah memainkan peranan masing-masing dalam memenuhi keperluan sosial masyarakat secara tidak langsung.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-30

How to Cite

Norajila Che Man, & Mohd Faizal P.Rameli. (2019). PIRAMID PELAKSANAAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) OLEH INSTITUSI PERBANKAN DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF STAKEHOLDERS. International Journal of Accounting, Finance and Business, 4(20). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/172