MANFAAT RANGKUMAN KEWANGAN TERHADAP PRESTASI PERNIAGAAN MIKRO DI TERENGGANU

Authors

  • Prof Madya Dr. Norlia Mat Norwani Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak,
  • Nur Aimi Sulaiman Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
  • Prof Madya Dr. Mohd Abdullah Jusoh Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak,

Abstract

bstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti manfaat rangkuman kewangan (ketercapaian kemudahan kewangan, penggunaan akaun simpanan, dan penggunaan kemudahan kredit) terhadap prestasi perniagaan mikro di negeri Terengganu. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab dua hipotesis kajian. Tiga pembolehubah digunakan untuk mengukur manfaat rangkuman kewangan iaitu ketercapaian kemudahan kewangan, penggunaan akaun simpanan, dan penggunaan kemudahan kredit. Manakala dua pembolehubah lain digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan mikro iaitu pulangan modal dan pulangan jualan. Kajian ini melibatkan 350 responden yang mewakili pertubuhan perniagaan mikro di sekitar negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan manfaat rangkuman kewangan antara penggunaan akaun simpanan dan pulangan jualan. Ini membuktikan bahawa responden lebih memilih peningkatan prestasi jangka masa pendek kerana mereka mendapatkan pulangan jualan tanpa mengambil kira pulangan modal yang merupakan peningkatan prestasi jangka masa panjang. Selain itu, dapatan kajian lain menunjukkan bahawa terdapat manfaat rangkuman kewangan antara penggunaan kemudahan kredit dan pulangan jualan dan pulangan modal. Sebagai implikasi, responden mempunyai risiko perniagaan yang tinggi dalam usaha meningkatkan prestasi perniagaan kerana dalam hal ini, kemudahan kewangan dalam bentuk kredit lebih diberikan keutamaan berbanding penggunaan akaun simpanan. Namun begitu, kajian itu bersetuju bahawa terdapat faktor-faktor lain yang mendorong prestasi perniagaan mikro selain daripada dimensi rangkuman kewangan. Oleh itu, kajian lanjut yang lebih terperinci terhadap faktor- faktor lain dalam mengukur manfaat rangkuman kewangan dan prestasi perniagaan mikro perlu dipertimbangkan sewajarnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-30

How to Cite

Prof Madya Dr. Norlia Mat Norwani, Nur Aimi Sulaiman, & Prof Madya Dr. Mohd Abdullah Jusoh. (2019). MANFAAT RANGKUMAN KEWANGAN TERHADAP PRESTASI PERNIAGAAN MIKRO DI TERENGGANU . International Journal of Accounting, Finance and Business, 4(20). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/171