Pengalaman Tahun Pertama Pelajar Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah Perspektif Kewangan Sebagai Faktor Pemangkin dalam Melanjutkan Pengajian di Luar Negara

Authors

  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 84000 Kota Kinabalu, Sabah
  • Hasbullah Awang Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan
  • Muhammad Safuan Yusoff Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan
  • Herlina Jupiter Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan

Abstract

Dalam usaha merealisasikan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi serantau, pengantarabangsaan dilihat sebagai satu pendekatan efisen yang mampu memperkasakan pengajian tinggi di Malaysia setanding dengan kualiti pendidikan yang terbaik di dunia. Menurut Washington Accord Standard (2017), Malaysia adalah antara negara yang menyediakan kos perkhidmatan perbelanjaan dari segi kos kewangan pengajian yang terendah berbanding Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kos kewangan ini meliputi kos pengajian, kos perjalanan, kos sara hidup dan sebagainya. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dari perspektif kewangan dalam kalangan pelajar antarabangsa dalam melanjutkan pengajian di luar negara. Oleh itu, pemilihan UMS sebagai destinasi pengajian adalah dilihat pilihan yang tepat kerana yuran pengajian yang dikenakan berpatutan, bertujuan bagi memastikan kemampuan pelajar untuk membayar yuran sepanjang tempoh pengajian. Kebiasaanya kebanyakan daripada pelajar antarabangsa ini melanjutkan pengajian atas pembiayaan mereka sendiri dan sebahagian besar melanjutkan pengajian melalui biasiswa yang telah ditawarkan oleh negara masing-masing. Hasil dari perbincangan dalam kertas kertas kerja ini dijangkakan dapat memberi gambaran terhadap usaha dalam membantu penjanaan ekonomi UMS di samping meningkatkan lagi mutu akademik dalam kalangan pelajar antarabangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-03-31

How to Cite

Irma Wani Othman, Hasbullah Awang, Muhammad Safuan Yusoff, & Herlina Jupiter. (2017). Pengalaman Tahun Pertama Pelajar Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah Perspektif Kewangan Sebagai Faktor Pemangkin dalam Melanjutkan Pengajian di Luar Negara. International Journal of Accounting, Finance and Business, 2(3). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/15