PERANAN FAKTOR JANGKAAN PRESTASI DAN JANGKAAN USAHA TERHADAP NIAT USAHAWAN PKS UNTUK MENGGUNAKAN S-DAGANG
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan faktor jangkaan prestasi dan jangkaan usaha dan hubungannya dengan niat dan penggunaan sosial dagang (s-dagang) dalam kalangan usahawan PKS di Malaysia. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di sembilan buah negeri di Malaysia melibatkan 250 usahawan PKS. Data telah dianalisis menggunakan teknik Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jangkaan prestasi (β = 0.506) dan jangkaan usaha (β = 0.186) terhadap niat (β = 0.591) dan juga penggunaan s- dagang dengan mengambil kira nilai p=0.05. Implikasi kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada agensi dan usahawan PKS dalam mempertimbangkan kemungkinan untuk menggunakan s-dagang ke arah kemajuan perniagaan.