PENDEDAHAN KEDERMAWANAN KORPORAT: SUATU ULASAN

Authors

  • Mohd Farid Asraf Md Hashim Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mohd ‘Atef Md. Yusof Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Kedermawanan korporat berfungsi sebagai alat strategik di dalam meningkatkan prestasi syarikat, persekitaran dan prospek perniagaan dengan cara mengintegrasikan matlamat pembangunan sosial dan ekonomi syarikat. Keupayaan di dalam mengkomunikasikan inisiatif ini melalui pendedahan dan pelaporan sosial secara efektif kepada pihak-pihak berkepentingan merupakan satu aspek yang penting di dalam kejayaan jangka panjang dan pembangunan sesuatu syarikat. Pendedahan kedermawanan korporat bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin kepada kelebihan persaingan syarikat tetapi juga berfungsi sebagai mekanisma kawalan di dalam tadbir urus korporat. Artikel ini turut mengulas berkenaan kajian-kajian terdahulu berkaitan pendedahan kedermawanan korporat serta panduan dan rangka kerja pelaporan yang relevan dengan kedermawanan korporat dari perspektif negara Malaysia Memandangkan kajian berkaitan pendedahan kedermawanan korporat secara khusus agak terhad berbanding dengan kajian-kajian tema tanggungjawab sosial yang lain, artikel ini bermanfaat di dalam memberikan pemahaman awal berkaitan isu ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

Mohd Farid Asraf Md Hashim, & Mohd ‘Atef Md. Yusof. (2018). PENDEDAHAN KEDERMAWANAN KORPORAT: SUATU ULASAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 3(16). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/134